Followers

Thursday, March 21, 2019

PERMOHONAN RAYUAN KE UPU- LEPASAN SPM/STPM


LEPASAN SPM

1. Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke Universiti Awam serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di politeknik dan ILKA sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan ke Universiti Awam melalui UPU online rayuan.

2. Rayuan hanya dalam tempoh lima(5) hari bekerja selepas keputusan diumumkan iaitu (minggu ke-2 Mei 2019).

3. Hanya dua (2) pilihan program permohonan rayuan  ke Universiti Awam.

4. Permohonan RAYUAN ke  Politeknik, Kolej komuniti, dan ILKA (ILP, IKBN, JMTI, ADTEC DLL) boleh dibuat terus kepada agensi atau institusi berkenaan. Nota :Slip Permohonan , keputusan spm serta maklumat lain yang penting perlu disertakan semasa membuat rayuan.


LEPASAN STPM

1. Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke universiti awam sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan.

2. Rayuan hanya dalam tempoh sepuluh(10) hari selepas keputusan diumumkan iaitu (minggu akhir Julai 2019).

3. Hanya emapt (4) pilihan program permohonan rayuan  ke Universiti Awam, tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.

4. Penawaran calon rayuan dibahagikan kepada dua(2) fasa iaitu
> Sebelum pedaftaran pelajar baharu
> selepas pendaftaran pelajar baharu.

5. Sekiranya pelajar gagal dalam permohonan rayuan, pelajar digalakan untuk menulis surat rayuan hantar bersama slip permohonan, sijil SPM/STPM dan dokumen-dokumen penting yang lain ke Universiti/Fakulti/Dekan berkenaan. Anda juga boeh email terus kepada dekan/ketua berkenaan. Sekiranya terdapat kekosongan tempat, anda mungkin boleh diserap masuk.

(Disclaimer/Penafian: Maklumat dibahagian (5) tidak terdapat dalam pekeliling kemasukan ke universiti awam, permohonan rayuan adalah di bawah tanggungjawab pemohon dan tidak ada apa-apa kaitan dengan pemilik blog ini.)




No comments:

Post a Comment

JOM MASUK U 2019

JOM MASUK U 2019
PROGRAM AT SUNGAI PETANI