Sila Layari Laman Web ini untuk permohonan
http://spp.ummc.edu.my/
Tarikh Penting Permohonan PPUM 2019 (Program Diploma)
Permohonan PPUM adalah dibuka bermula dari tarikh berikut :-
- 25 Mac 2019 (Tarikh Buka)
- 17 April 2019 – sehingga jam 1200 tengah malam (Tarikh Tutup)
Syarat Am Kelayakan Permohonan PPUM 2019
Berikut adalah syarat am permohonan yang perlu dipatuhi oleh pelajar sebelum membuat permohonan:-
- Umur : Berumur 18 hingga 25 tahun
- Jantina : Lelaki dan Perempuan
- Taraf Perkahwinan : Bujang
- Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)
Syarat Kelayakan Akademik
Selain syarat am, pemohon juga perlu Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-
- (a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik dan lulus mata pelajaran Sejarah, SERTA
- (b) Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
- (c) Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
- (d) Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
Cara Membuat Permohonan Program Diploma PPUM 2019 Secara Online
Berikut adalah panduan dalam membuat permohonan PPUM secara online :-
- Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my.
- Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional)
- Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
- ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga melalui laman web PPUM mulai :-
- 29 April hingga 3 Mei 2019 (Untuk program Diploma Kejururawatan sahaja).
- Keputusan permohonan/ temu duga akan diumumkan pada
- 1 hingga 6 Julai 2019
- Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.
No comments:
Post a Comment