Followers

Sunday, March 26, 2017

PERMOHONAN KE ILP-JMTI-ADTEC

LEPASAN SPM (ILP-ADTEC-JMTI)
PERMOHONAN MELALUI
http://www.jtm.gov.my


PENGENALAN
·        Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
·        ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
·        ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
PENGAMBILAN PELAJAR
·        Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari & Julai)
·        Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM www,jtm.gov.my
·        Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
·        Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
·        Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.
PILIHAN KURSUS & INSTITUT
·        Pemohon bebas memilih kursus dan institusi latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memohon satu kategori sahaja.
·        Bagi calon OKU, sila dapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut daripada Bahagian Pengurusan Latihan atau mana-mana ILJTM terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

FASILITI
·        Asrama
·        Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
·        Kemudahan sukan & riadah
·        Kantin / Kafeteria
·        Perpustakaan
BAYARAN
·        Yuran Pengajian:
o   Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
o   Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
·        Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).
CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN
·        Pengambilan Sesi Januari






·        Pengambilan Sesi Julai

MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM),
Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: 
jtm@mohr.gov.my











JMTI
Diploma Teknologi Kejuruteraan (Lepasan SPM)
1.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
2.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
3.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
4.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
5.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu

ADTEC
Diploma Teknologi Kejuruteraan (Lepasan SPM)
1.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
2.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Perkakasan)
3.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
4.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti
5.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Polimer
6.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Seramik
7.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk Industri
8.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
9.     Diploma Teknologi Kejuruteraan Minyak & Gas (Loji & Sistem Paip)
10.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Pengeluaran Automotif
11.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa
12.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
13.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Telekomunikasi
14.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
15.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik
16.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
17.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer 
18.  Diploma Teknologi Kejuruteraan (Komputer Rangkaian)
19.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti
20.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang
21.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Automasi & Robotik
22.  Diploma Teknologi Kejuruteraan Binaan (Sivil & Struktur)






ILP
Sijil Teknologi (Lepasan SPM)
1.     Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
2.     Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
3.     Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
4.     Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould)
5.     Teknologi Foundri
6.     Teknologi Kimpalan
7.     Teknologi Fabrikasi Logam
8.     Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas
9.     Teknologi Rekabentuk Produk Industri
10.  Teknologi Automotif
11.  Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
12.  Teknologi Jaminan Kualiti
13.  Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
14.  Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas)
15.  Teknologi Elektrik PW2
16.  Teknologi Elektrik (3 Fasa) PW4
17.  Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
18.  Teknologi Instrumen Perindustrian
19.  Teknologi Instrumen (Kawalan Proses)
20.  Teknologi Elektronik Industri
21.  Teknologi Telekomunikasi
22.  Teknologi Mekatronik
23.  Teknologi CADD Senibina
24.  Teknologi Binaan (Bangunan)
25.  Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu)
26.  Teknologi Binaan (Paip & Sanitari)
27.  Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)
28.  Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot
29.  Teknologi Percetakan (Grafik)
30.  Teknologi Percetakan (Pra-Cetak)
31.  Teknologi Percetakan (Cetak)
32.  Teknologi Plastik
33.  Teknologi Seramik
34.  Teknologi Komputer (Sistem)
35.  Teknologi Komputer (Rangkaian)
36.  Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
37.  Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)
38.  Teknologi Minyak & Gas (Instrument-Plant/Downstream)
39.  Teknologi Minyak & Gas (Mechanical-Plant/Downstream)
40.  Pendawai Elektrik 3 Fasa (3 Tahun)

41.  Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A1

No comments:

Post a Comment

JOM MASUK U 2019

JOM MASUK U 2019
PROGRAM AT SUNGAI PETANI