Followers

Sunday, March 26, 2017

MANUAL UPU-SPM

PENGAJIAN ASASI, DIPLOMA UA DAN POLITEKNIK PREMIER     

                BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/18

http://upu.mohe.gov.my
1.     Jualan Nombor Unik ID Di BSN ditutup pada 4 April 2017 (RM15.64).

2.     Pemohon mestilah memiliki Sijil SPM/Setaraf dengan mendapat
sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam
peperiksaan SPM.

3.     Permohonan akan ditutup pada 5 April 2017 jam 11.59 malam.

4.     Pemohon Lepasan SPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di http://upu.mohe.gov.my.

5.     Pemohon perlu memilih 8 pilihan program pengajian yang
berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu
duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4
sahaja.

6.     Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

7.      Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar”, cetak slip dan simpan.

8.     Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan.

9.     Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, & ILKA diumumkan.(hanya 2 pilihan permohonan, pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan)

10. Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik
Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh
mengemukakan permohonan rayuan.

PROGRAM PENGAJIAN SIJIL DAN DIPLOMA POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METRO, KOLEJ KOMUNITI & INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)  BAGI LEPASAN SPM AMBILAN 2017

http://upu.mohe.gov.my

1.     Permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun2017  hanya dibuka untuk kategori berikut A & B.


2.     Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

3.     Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 dan 2 sahaja.

4.     Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

5.     Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar”, cetak slip dan simpan.

6.     Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon
tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan.

7.     Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, & ILKA diumumkan.(hanya 2 pilihan permohonan, pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.

No comments:

Post a Comment

JOM MASUK U 2019

JOM MASUK U 2019
PROGRAM AT SUNGAI PETANI