PENGAJIAN
ASASI, DIPLOMA UA DAN POLITEKNIK PREMIER
BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI
AKADEMIK 2017/18
http://upu.mohe.gov.my
1.
Jualan Nombor Unik
ID Di BSN ditutup pada 4 April 2017 (RM15.64).
2.
Pemohon mestilah
memiliki Sijil SPM/Setaraf dengan mendapat
sekurang-kurangnya
LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
lulus dalam mata
pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam
peperiksaan SPM.
3. Permohonan akan ditutup pada 5 April 2017 jam 11.59 malam.
4. Pemohon Lepasan SPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan
permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem Permohonan Kemasukan
Pelajar (UPUOnline) sahaja di http://upu.mohe.gov.my.
5. Pemohon perlu memilih
8 pilihan program
pengajian yang
berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu
duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1
hingga 4
sahaja.
6.
Semua program pengajian
yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program
pengajian dalam UPUOnline.
7.
Pemohon wajib klik butang “Sah &
Hantar”, cetak slip dan simpan.
8.
Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup
permohonan.
9.
Permohonan rayuan hanya
dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik
Konvensional/ METrO, & ILKA diumumkan.(hanya 2 pilihan permohonan,
pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan)
10. Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik
Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik
Konvensional/
METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh
mengemukakan permohonan
rayuan.
PROGRAM
PENGAJIAN SIJIL DAN DIPLOMA POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METRO, KOLEJ KOMUNITI
& INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) BAGI LEPASAN SPM AMBILAN 2017
http://upu.mohe.gov.my
1.
Permohonan kemasukan ke
Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian
Lepasan SPM Ambilan Tahun2017 hanya dibuka
untuk kategori berikut A & B.
2. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi
mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/
METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.
3.
Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza.
Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh
mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 dan 2 sahaja.
4.
Semua program pengajian
yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program
pengajian dalam UPUOnline.
5.
Pemohon
wajib klik butang “Sah & Hantar”, cetak slip dan simpan.
6.
Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon
tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan.
7.
Permohonan rayuan hanya
dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik
Konvensional/ METrO, & ILKA diumumkan.(hanya 2 pilihan permohonan,
pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.